"Apakah aku layak bergelar Muslimah?"
Saya kurang faham dengan soalan ini. Konteks yang diberikan
membuatkan saya fikir seolah-olah "Muslimah" itu satu level Iman 99
Petala Langit yang hanya golongan sehebat Pendekat Laut sahaja yang boleh
capai.
Sedangkan apabila seorang perempuan berpegang teguh dengan
Shahadah, maka dia bergelar Muslimah.
Muslimah itu bukan diukur dengan panjang tuduh atau labuh
jubahnya. Sama juga dengan lelaki. Dia tidak dipanggil Muslim kerana panjang
janggutnya.
Muslimah itu seorang yang berjihad menentang nafsunya
hinggalah maut menjemput. Satu perjuangan dalaman yang tiada sesiapa pun yang
dapat lihat, dengar, hidu, sentuh, atau rasa. Tetapi perjuangan dalaman itu
ada.
Boleh jadi seorang Muslimah itu tidak bertudung, tetapi dia
menangis kepada Allah meminta kekuatan untuk menyarung sehelai kain di kepalanya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu mempunyai teman lelaki,
tetapi setiap sentuhan bukan mahram umpama jilatan api neraka baginya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu seorang yang tidak solat,
tetapi setiap kali azan berkumandang hatinya merayu kepada badannya untuk
berdiri di hadapan Allah.
Muslimah itu seorang perempuan Muslim. Full stop. - Aiman Azlan
Ya Allah, jantung berdegup kencang bila membaca ayat ini. Cukup ringkas tapi bermakna kata kiasan, makna tersirat yang diberikan. Sudah cukupkah amalan aku untuk menuju Firdaus? Sudah cukupkah bekalan aku untuk mengharungi Padang Mahsyar? Sudah cukupkah ibadahku untuk membantuku meniti Titian Sirat? Terasa nafas terhenti seketika, terasa jantung direnggut kilatan cahaya. Hidup ini hanyalah pinjaman, namun adakah aku sudah bersiap siaga memulangkan nyawa ini pada Pemilik mutlak segala-galanya? Tangisan mula memenuhi segenap kalbu.
No comments:
Post a Comment